UNTUK MASA DEPAN PERTANIAN
SMART AGRO TECH SEBAGAI RAKAN PERKEMBANGAN ANDA

Syarikat Pengedar Baja Lepas Perlahan Greenfeed®

Adakah anda pemilik atau pengurus tanaman dan perladangan?

  • Tanaman anda tidak mengeluarkan hasil yang diharapkan?
  • Keadaan tanah yang tidak lagi subur dań pokok juga tidak sihat?
  • Anda tidak pasti jumlah nutrien NPK dan jumlah dos pembajaan yang tepat untuk jenis dan umur tanaman anda?
  • Anda mempunyai kawasan topografi yang sukar seperti tanah gambut dan kawasan mudah banjir? 
  • Anda sedang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja ladang untuk kerja pembajaan?
  • Anda mahu tanaman anda mendapat nutrien yang diperlukan, berterusan dan terjamin?
  • Syarikat anda sedang mencari produk inovasi yang boleh menambah naik produktiviti dan hasil ladang?
  • Dan adakah anda seorang pekebun dan pengusaha baru yang sedang mendapatkan info dan tips pertanian?

Di laman ini anda dapat lihat bagaimana untuk meningkatkan kualiti pemberian nutrien tanaman: Cara efektif dan solusi yang berkesan!

Pembajaan

Definisi baja ialah apa jua bahan yang diletakkan ke tanah dan hasil tindakan itu akan menyuburkan tanah, membantu pertumbuhan pokok dan meningkatkan hasil.

  • Objektif membaja adalah untuk membantu menyediakan zat-zat permakanan atau nutrien bagi menampung kekurangan zat tersedia di dalam tanah. 
  • Menggantikan nutrien yang telah digunakan oleh pokok serta kehilangan nutrien akibat hakisan, larutlesap, peruapan dan pengikatan.
  • Mendapatkan pertumbuhan pokok yang sihat.

BAJA PELEPASAN PERLAHAN/BERANSUR

  • Pelepasan nutrien dikawal oleh selaput/lapisan sulfur atau polimer
  • Berkeupayaan untuk mengurangkan kehilangan nutrien oleh proses larutresap dan pengwapan
  • Menjimatkan kekerapan pembajaan
  • Penggunaan secara sub-soil application

APAKAH BAJA LEPAS PERLAHAN GREENFEED?

Baja Lepas Perlahan Greenfeed® adalah baja berteknologi tinggi yang unik dan direka khas untuk keperluan cuaca tropika dan tanah di Asia. Pemprosesannya menggunakan teknologi tinggi untuk semua tanaman terutama kelapa sawit, kelapa, durian dan lain-lain. Ianya dibuat dalam bentuk nuget bersaiz purata 18 gram yang diintegrasikan bersama dengan Zeolite.

Baja Lepas Perlahan Greenfeed® yang direka khas mempunyai nutrien yang lengkap untuk tanaman. la juga mengandungi unsur surih yang diperlukan oleh pokok. Ia boleh bertahan di dalam tanah dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman sehingga 6 bulan. Baja Lepas Perlahan Greenfeed® mampu memperbaiki kesuburan tanah untuk pertumbuhan tanaman yang lebih baik. Ciri unik ini menjadikan Baja Lepas Perlahan Greenfeed® lebih mesra alam dalam masa yang sama mampu meningkatkan pertumbuhan, hasil dan produktiviti tanaman.

7 Nilai Kelebihan Baja Lepas Perlahan Greenfeed

  1. Memastikan bekalan nutrien secara berterusan kepada tanaman
  2. Menyuburkan tanah dan menyihatkan tanaman
  3. Memperoleh kecekapan kos pembajaan
  4. Tanaman yang sihat memberikan hasil yang lebih dan berkualiti
  5. Memudahkan penjadualan kerja kerana pembajaan boleh dilakukan di musim panas dan hujan
  6. Berkesan digunakan di pelbagai jenis tanah dan kawasan yang bermasalah
  7. Produk mesra alam

Produk & Perkhidmatan

SMART AGRO TECH menawarkan produk & perkhidmatan pembajaan lengkap bagi membantu anda untuk mendapat produk dan khidmat yang cekap dan efisien. Opsyen yang mudah dan berkesan untuk tanaman anda!

Baja Lepas Perlahan Greenfeed®

Berteknologi lepas perlahan yang mengandungi semua unsur nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Penggunanan baja Greenfeed dapat mengekalkan bekalan nutrien secara berterusan dan menjamin daripada kehilangan baja kesan daripada pengewapan panas dan larian air.

Servis Pembajaan

Kami menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam kerja-kerja pembajaan bagi membantu anda yang memerlukan sokongan tenaga kerja. Khidmat pembajaan yang disediakan juga sebagai kemudahan dan kelebihan bagi pengurusan ladang anda.

Konsultasi Teknikal

Hubungi kami bagi mendapatkan konsultasi jenis formula, jumlah baja dan pusingan pembajaan yang tepat šupaya tanaman anda mencapai pengeluaran hasil yang optimum.